•
Bangunan baru (Tahun 2011)
Sekolah Kebangsaan Juru terletak di Kampung Sekolah Juru. Ia merupakan antara sekolah terawal yang dibina sebelum kemerdekaan negara. Berada dalam daerah Seberang Perai Tengah di negeri Pulau Pinang. Ia merupakan sebuah sekolah yang terletak di kawasan luar bandar. Bandar yang terhampir ialah bandar Bukit Mertajam yang jaraknya lebih kurang 20km. Terdapat kilang-kilang perusahaan di kawasan sekitar. Merupakan kawasan perkampungan berbukit serta berhampiran laut dan sungai.
Sejarah Penubuhan (Tahun 1930an-1940an)
Terbinanya bangunan pertama di sekitar tahun 1840-an. Merupakan sebuah bangsal atap. Keluasannya 20’ x 20’ persegi, dan terletak berhampiran Masjid Kampung Sekolah . Bangunan ini dapat memuatkan 20 hingga 30 orang murid. Guru terawal di sekolah ini ialah Tuan Haji Mohamad Bin Samaun. Mengajar matapelajaran asas 3M iaitu Membaca, Mengira dan Menulis.
Tahun 1930-an hingga 1940-an sekolah terletak di Kampung Sekolah Juru (sekarang). |
Sekolah ini kemudiannya berpindah ke tanah Tuan Haji Ibrahim, seterusnya ke tanah Datuk Rashid yang berdekatan dengan Balai Raya. Akhir sekali, ia berpindah ke tanah Tuan Haji Salleh Bin Ibrahim, dan beliau merupakan seorang hartawan dan juga Ketua Kampung di Juru. Di atas jasa baik beliau, sebuah sekolah baru telah dibina berukuran 40'x 25' di atas tapak seluas 70'x 80' yang dapat memuatkan 40 hingga 50 orang murid.
Tahun 1950-an sehingga 1960-an bangunan sekolah bagi murid Tahun 1 hingga Tahun 3 adalah terletak di tapak pasar malam tersebut (bangunan lama).
Sementara bagi murid Tahun 4 hingga Tahun 6 ditempatkan di bangunan Pra-Sekolah yang ada sekarang ini.
Bangunan SK Juru sekitar tahun 1950an - 1960an. |
Tahun 1970an
Sehinggalah pada tahun 1970, pihak kerajaan telah membina sebuah bangunan baru dua tingkat iaitu bangunan Blok A sekarang. Bangunan ini mempunyai enam buah bilik darjah, sebuah bilik Guru Besar, pejabat, bilik stor dan empat buah bilik air.
Blok A |
Kemudian blok B pula dibangunkan menempatkan tujuh bilik darjah, sebuah perpustakaan, bilik tayangan, enam buah bilik stor, empat buah bilik air, sebuah bilik muzik,dua bilik wuduk dan sebuah bilik serbaguna.
Blok D merupakan bangunan baru yang telah mula digunakan sebagai kelas pada bulan Februari 2011. Bangunan tersebut merupakan bangunan 3 tingkat yang menempatkan pelajar tahun 4, 5 dan 6 .Blok baharu juga menempatkan kantin sekolah ,bilik-bilik khas,stor ,bilik servis dan tandas. Antara kemudahan yang terdapat dibangunan baru ialah:
• Sebuah Kantin dan bilik makan guru
• sebuah makmal sains
• Sebuah bilik kaunseling
• 2 buah bilik akses
• Sebuah bilik muzik
• 4 tandas guru
• 4 tandas murid
• Sebuah bilik SPBT
• Kantin dan bilik makan guru
• 4 buah bilik servis
• 2 bilik stor am.
• 2 bilik stor am.